JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 248.506 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 46 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.8 juta kes.

United Kingdom kini mencatat lebih 9 juta kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang mencatat lebih 8 juta kes.

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia dengan lebih 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan lebih 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.7 juta kes, Malaysia lebih 2.4 juta kes, Thailand 1.9 juta kes, manakala  Singapura merekodkan lebih 204,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini 5.027 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 751,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 608,000 kes, India lebih 459,000 kes, Mexico lebih 288,000 kes.

Sementara Rusia kini mencatat lebih 238,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 95,000 kes ialah Jerman, sementara Sepanyol catat lebih 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 43,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 19,000 angka korban.