JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampir 67.5 juta.

Ini berikutan lebih 530,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 67,516,683.

Setakat pagi Selasa (8 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 14.9 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.67 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.60 juta kes.

Negara yang melepasi 2 juta kes ialah Rusia (2,466,961) dan Perancis (2,349,059).

Jangkitan positif COVID-19 Itali (1,742,557), United Kingdom (1,742,524), Sepanyol (1,702,328), Argentina (1,463,110), Colombia (1,371,103), Jerman (1,199,783), Mexico (1,175,850), Poland (1,067,870) dan Iran (1,051,374) pula melepasi satu juta kes. 

Sementara itu, Peru (973,912), Turki (860,432), Ukraine (843,898), Afrika Selatan (814,565), Belgium (591,756), Indonesia (581,550), Belanda (573,697), Iraq (566,015), Chile (562,142), Czechia (546,833) dan Romania (517,236) termasuk dalam negara yang merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Setakat pagi Selasa (8 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 14.84 juta kes jangkitan.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus ialah Bangladesh (479,743), Filipina (441,399), Kanada (421,721), Pakistan (420,294), Maghribi (381,188), Arab Saudi (358,922), Switzerland (354,306), Israel (346,490), Portugal (325,071) dan Austria (305,693).

Dalam pada itu, sebanyak 33 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.53 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,533,909 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 283,211 kes, diikuti Brazil dengan 176,941 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 140,573 dan 109,717 kes kematian.

Sementara itu, United Kingdom (61,531), Itali (60,606), Perancis (55,613) dan Iran (50,594) merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 283,211 kes, diikuti Brazil dengan 176,941 kes.

Angka korban di Sepanyol (46,646) dan Rusia (43,122) pula melepasi angka 40,000 kematian.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 30,000 termasuk Argentina (39,770), Colombia (37,808) dan Peru (36,274).

Afrika Selatan (22,249) dan Poland 20,181) merekodkan angka kematian lebih 20,000.

Jerman (19,136), Indonesia (17,867), Belgium (17,320), Chile (15,663) dan Turki (15,103) mencatat angka kematian lebih 15,000.

Negara lain masih merekodkan angka korban bawah 15,000 kes.