DUNIA
COVID-19: Kes positif global hampir 270 juta, kematian 5.3 juta

Orang ramai lengkap memakai topeng pelitup muka ketika beratur sebelum memasuki Muzium Nasional September 11 di New York, 3 Dis, 2021. (Foto AP)
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 269,657,599, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan kira-kira 49.9 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.
United Kingdom mencatat 10.8 juta kes, Rusia 9.8 juta manakala Turki 9 juta.Perancis pula mencatatkan 8.3 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan hampir 4.3 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia hampir 2.7 juta kes dan Thailand dengan 2.2 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan hampir 273,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini berjumlah 5,300,895 kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 797,119 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 616,457 kes, India 475,128 kes dan Mexico 296,385 kes.
Sementara itu, Rusia kini mencatat 282,713 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Sepanyol merekodkan angka korban sebanyak 88,381 kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan 143,929 korban.
Ia disusuli Filipina dengan 50,096, diikuti Malaysia dengan 30,862 kes dan Thailand 21,151 kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami