COVID-19: Kes positif global lebih 125.87 juta, angka korban global kini lepasi 2.76 juta

Astro Awani
Mac 26, 2021 23:28 MYT
Petugas kesihatan mengambil sampel ujian swab daripada pekerja warga asing di Samut Sakhon, Thailand. - Foto REUTERS/Chalinee Thirasupa
JUMLAH kes harian positif COVID-19 global meningkat dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif global kini melepasi 125.87 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 30 juta kes, diikuti Brazil dengan 12.32 juta kes dan India dengan lebih 11.84 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Perancis, Rusia dan United Kingdom, sementara Itali, Sepanyol dan Turki melebihi tiga juta kes.
Jerman, Colombia, Argentina, Mexico dan Poland mencatat lebih dua juta kes.
Iran, Ukraine, Afrika Selatan, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Chile, Kanada, Romania, Belgium, Israel, Portugal, Iraq, Sweden, Filipina, Pakistan, Hungary, Switzerland, Bangladesh, Serbia, Jordan dan Austria pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes adalah Maghribi, Jepun, Lubnan, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Slovakia, Panama dan Malaysia.
Negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.
Sementara itu, lebih 8,000 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan seluruh dunia, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 2.76 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 547,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 300,000 kes, manakala Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Argentina dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Poland, Peru, Indonesia, Ukraine dan Turki.
Selain itu Kanada, Belgium dan Romania pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #Johns Hopkins University #Amerika Syarikat