JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 195 juta.
Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 34.5 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 31.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.6 juta kes.
Negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis dan Rusia, manakala Turki dan United Kingdom melebihi 5.5 juta kes.
Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan menghampiri 3.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.5 juta.
Malaysia turut melepasi 1 juta kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 500,000 dan lebih 64,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.17 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 611,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 550,000 kes, India lebih 421,000 kes, Mexico lebih 238,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 120,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 86,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 27,000 diikuti Malaysia.
Thailand dengan lebih 4,000 angka korban.
Astro Awani
Tue Jul 27 2021
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 195 juta. -Gambar fail
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.
COVID-19: Pertambahan lebih 500,000 kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Ini menjadikan jumlah kes positif yang direkodkan melepasi angka 504 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.58 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.82 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19 global: Pertambahan 1.37 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.47 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif COVID-19.
COVID-19 global: Pertambahan 2.48 juta kes baharu dalam sehari
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Lebih 2.23 juta kes baharu dikesan di seluruh dunia
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
COVID-19: Pertambahan 1.85 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif.
COVID-19: Pertambahan 1.21 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.