awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lepasi 84.4 juta, angka korban 1.83 juta

Isabelle Leong
Isabelle Leong
02/01/2021
23:07 MYT
COVID-19: Kes positif global lepasi  84.4  juta, angka korban 1.83 juta
Seorang pesakit yang dijangkiti COVID-19 dibawa masuk ke Pusat Perubatan Maimonides, di Brooklyn, New York, AS, 17 Nov, 2020. - Gambar fail REUTERS
HARI ketiga tahun 2021 menyaksikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global melepasi angka 83.83 juta.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 20.31 juta kes.
Ini diikuti India dengan 10.30 juta kes dan Brazil dengan 7.7 juta kes.
Angka positif di Rusia kini melangkaui 3.17 juta kes manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.
Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Dalam pada itu, Belanda, Indonesia, Czechia, Belgium, Romania, Chile, Iraq, Kanada dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Pakistan, Filipina, Switzerland, Maghribi, Sweden, Israel, Portugal, Austria, Arab Saudi, Serbia dan Hungary.
38 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 1.83 juta kes.
Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 349,000 kes.
Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.
Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Colombia, Argentina, Peru dan Jerman.
Afrika Selatan, Poland, indonesia dan Turki pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Johns Hopkins University
#Amerika Syarikat
#Brazil
#India
#Mexico
#United Kingdom
#Itali
#sepanyol
#Perancis
#Peru
#Colombia
#Argentina
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan