COVID-19: Kes positif hampir 45 juta di seluruh dunia

Astro Awani
Oktober 29, 2020 21:16 MYT
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 8.9 juta kes. -Reuters
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri angka 45 juta.
Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 8.9 juta kes.
Ini diikuti India dengan 8 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.4 juta kes.
Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melepasi 1 juta kes.
Negara yang melepasi angka setengah juta ialah United Kingdom, Mexico, Peru, Afrika Selatan, Iran, Itali dan Iran.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan ialah Jerman, Iraq, Bangladesh, Indonesia, Ukraine, Filipina, Turki, Belgium, dan Arab Saudi.
Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 adalah Ecuador, Nepal, Bolivia, Qatar, Panama, UAE, Republik Dominica, Kuwait, Portugal, Switzerland, Oman, Sweden, Kazakhstan, Mesir, Guatemala dan Costa Rica.
Negara-negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.
#COVID-19 #Johns Hopkins University #kes positif #pandemik #Amerika Syarikat #UAE #United Kingdom #India #Brazil #Indonesia #Jerman