JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 278 juta, berikutan penambahan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Bilangan kes COVID-19 global kini berjumlah 278.72 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 51.8 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.2 juta kes.

United Kingdom catat lebih 11 juta kes, manakala Rusia lebih 10 juta dan Turki kini catat lebih 9 juta kes.

Perancis pula mencatatkan kes hampiri 9 juta, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.7 juta kes dan Thailand dengan 2.2 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 277,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.38 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 816,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 618,000 kes, India lebih 479,000 kes dan Mexico lebih 298,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 296,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 89,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 51,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban.