COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta

Astro Awani
Februari 25, 2021 23:59 MYT
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif. -Gambar fail
ANGKA kematian akibat COVID-19 kini melepasi angka 2.5 juta pada Jumaat.
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.
Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 28,348,259 kes positif dan 506,500 kematian, iaitu merangkumi lebih 25 peratus jumlah kes positif dan lebih 20 peratus jumlah kematian di seluruh dunia.
Brazil merekodkan 249,957 kematian, manakala Mexico dengan 182,815 angka korban melepasi India untuk menjadi negara ketiga tertinggi mencatatkan jumlah kematian.
Negara lain dengan angka kematian lebih 80,000 termasuk India, Britain, Itali, Perancis dan Rusia.
#kes positif #jumlah kematian #COVID-19 #Amerika Syarikat #Universiti Johns Hopkins #Mexico #Britain #angka korban