awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Korea Selatan catat lebih 1,000 kes baharu

Agensi
Agensi
23/12/2020
16:08 MYT
COVID-19: Korea Selatan catat lebih 1,000 kes baharu
Sebelum ini, Korea Selatan mencatatkan kejayaan dalam menangani penularan COVID-19 dengan petugas perubatan berjaya mengekang penularan terutamanya paa musim bunga. Foto: AP
SEOUL:Korea Selatan mencatatkan sedikit penurunan kes harian baharu dengan 1,092 kes positif COVID-19 pada Rabu, menurut data oleh Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.
Peningkatan kes baru-baru ini di republik itu menggagalkan usaha pakar epidemiologi membendung penularan pandemik itu dan menarik semula kepercayaan rakyat terhadap kebolehan kerajaan mengatasi penularan tersebut.
Berdasarkan data kes harian, 1,060 adalah kes domestik manakala 32 lagi adalah kes import yang menjadikan jumlah kumulatif di negara itu adalah 52,550.
Dalam tempoh 24 jam lalu, 17 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 739 kes.
Setakat ini, 284 daripada 15,085 kes aktif dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Sebelum ini, Korea Selatan mencatatkan kejayaan dalam menangani penularan COVID-19 dengan petugas perubatan berjaya mengekang penularan terutamanya pada musim bunga.
Namun, susulan kelonggaran sekatan menyaksikan peningkatan kes setakat ini.
Sejak beberapa minggu lalu, pihak berkuasa melaksanakan semula beberapa sekatan termasuk mengehadkan jumlah orang awam dalam perhimpunan sosial bagi musim perayaan akan datang.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#COVID-19
#kes positif
#perhimpunan
#Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan