awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Korea Selatan catat penurunan kes 11 minggu berturut-turut

Bernama
Bernama
23/09/2022
08:45 MYT
COVID-19: Korea Selatan catat penurunan kes 11 minggu berturut-turut
Korea Selatan merekodkan kes jangkitan COVID-19 terendah pada Jumaat bagi tempoh 11 minggu berturut-turut. - Gambar fail/AP
SEOUL: Korea Selatan merekodkan kes jangkitan COVID-19 terendah pada Jumaat bagi tempoh 11 minggu berturut-turut.
Negara itu melaporkan 29,108 jangkitan baharu, termasuk 303 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 24,565,021, lapor Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).
Angka harian baharu itu adalah yang terendah sejak kes menurun kepada 19,295 pada 8 Julai.
Bagaimanapun, sembilan lagi kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak virus itu dikesan di negara ini ialah sebanyak 28,077.
Jumlah pesakit kritikal setakat ini 399 orang, menurun sebanyak 29 lagi berbanding sehari sebelumnya.
Perdana Menteri Han Duck-soo berkata syarat pemakaian pelitup muka untuk perhimpunan mega di kawasan terbuka seperti acara sukan dan konsert, akan ditarik balik bermula Isnin depan.
Pada Mei, kerajaan telah menarik balik peraturan memakai pelitup muka kecuali ketika menghadiri majlis berskala besar seperti acara sukan dan konsert, serta perhimpunan mega di kawasan terbuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#COVID-19
#kes jangkitan terendah
#KDCA
#angka harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan