PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Khamis, negara-negara yang bergelut dengan peningkatan jangkitan COVID-19 boleh memendekkan tempoh kuarantin yang disyorkan selama 14 hari dalam beberapa situasi.

Agensi kesihatan PBB itu berkata, garis panduan baharunya mungkin berguna untuk kawasan di mana perkhidmatan pentingnya berada di bawah tekanan.

Contohnya, kata WHO, kuarantin boleh dipendekkan kepada 10 hari tanpa ujian dan tujuh hari dengan ujian negatif, dengan syarat individu itu tidak mengalami sebarang gejala.

Tambahnya, apabila ujian saringan untuk memendekkan kuarantin tidak dapat dijalankan, ketiadaan simptom boleh digunakan sebagai proksi ujian. 

WHO juga berkata, negara-negara boleh mempertimbangkan untuk melonggarkan langkah pengesanan kontak rapat mereka dalam situasi yang sama.

Bagi kontak rapat individu yang dijangkiti COVID-19, mereka yang berisiko tinggi dijangkiti, seperti pekerja penjagaan kesihatan, harus diutamakan.

COVID-19 | Kuarantin boleh dipendekkan di kawasan kes tinggi - WHO

Begitu juga bagi individu yang berisiko tinggi mendapat gejala yang teruk seperti mereka yang mempunyai penyakit kritikal atau yang tidak divaksinasi.

Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Switzerland telah memendekkan tempoh kuarantin untuk menghadapi gelombang jangkitan koronavirus yang didorong Omicron.