awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lapan bulan ditinggalkan, penyu kesayangan tinggal rangka

Agensi
Agensi
13/09/2020
04:45 MYT
COVID-19: Lapan bulan ditinggalkan, penyu kesayangan tinggal rangka
Penyu yang dipelihara Lin Buxiu hanya tinggal rangka selepas lapan bulan ditinggalkan. - Tricking1998/Asia Wire
SEORANG pelajar di Wuhan yang baru kembali ke kampus selepas lapan bulan menemui haiwan peliharaannya dalam keadaan menyayat hati.
Penyu air tawar yang menjadi kesayangan, kini tinggal rangka.
Lin Buxiu, 22, meninggalkan kampusnya di Hubei untuk kembali ke kampungnya di Taiyuan yang terletak di wilayah Shanxi pada 12 Januari lalu, kerana cuti musim sejuk.
Namun tidak lama selepas kepulangannya, China diletakkan dalam perintah berkurung membuatkan dia tidak dapat kembali ke kampus.
"Saya hanya merancang untuk balik selama sebulan, jadi saya meninggalkan makanan dan air secukupnya untuk tempoh empat minggu.
"Siapa tahu wabak COVID-19 kemudiannya menyebabkan saya hanya dapat kembali selepas lapan bulan.
"Saya menemui penyu itu, hanya tinggal rangka di balkoni pada 31 Ogos," cerita Lin kepada Asia Wire.
Lin, yang merupakan pelajar tahun ketiga di Universiti Sains dan Teknologi Wuhan, mendedahkan dia membeli penyu itu dari laman web e-dagang Taobao pada tahun 2019.
Haiwan itu hanya sempat dipelihara selama lima bulan.
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#koronavirus
#Lin Buxiu
#pelajar
#penyu
#penyu kesayangan
#Shanxi
#Taiyuan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan