awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 12,000 kes harian baharu dicatat di Indonesia

Bernama
Bernama
17/06/2021
22:21 MYT
COVID-19: Lebih 12,000 kes harian baharu dicatat di Indonesia
Jumlah kes positif harian di Indonesia pernah dicatatkan di bawah angka 4,000 kes sebelum sambutan Aidilfitri. -REUTERS
JAKARTA: Kes positif baharu COVID-19 di Indonesia kembali melonjak selepas mencatatkan lebih 12,000 kes harian pada Khamis, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 1,950,276 kes.
Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 12,624 kes baharu direkodkan, manakala sebanyak 277 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini sebanyak 53,753 orang.
Jumlah kes positif harian di Indonesia pernah dicatatkan di bawah angka 4,000 kes sebelum sambutan Aidilfitri.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, jumlah mereka yang dinyatakan sembuh adalah seramai 7,350 orang, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh adalah sebanyak 1,771,220 orang.
Bagi program vaksinasi, setakat hari ini, lebih 21.9 juta orang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih 11.9 juta telah menerima dos kedua.
Peningkatan kes baharu COVID-19 dikaitkan dengan kegiatan 'mudik' ataupun balik kampung semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, dan penemuan varian baharu iaitu Delta B1617.2 dan Beta B1351, yang kadar penularannya lebih cepat berbanding varian lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#COVID-19
#varian baharu
#kes positif
#kes baharu
#program vaksinasi
#jumlah kematian
#mudik
#Beta B1351
#Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan