COVID-19: Lebih 130,000 rakyat UK divaksinasi pada minggu pertama

Astro Awani
Disember 17, 2020 02:09 MYT
Lebih 130,000 individu telah diberikan suntikan vaksin pada minggu pertama program vaksinasi di United Kingdom. -Gambar fail
LONDON: Lebih 130,000 individu telah diberikan suntikan vaksin pada minggu pertama program vaksinasi di United Kingdom.
Perkara ini dimaklumkan Menteri Kesihatan UK, Nadhim Zahawi melalui ciapan Twitternya yang menyatakan seramai 137,897 individu telah diberi dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di antara 8 hingga 15 Disember.

A really good start to the vaccination program. Its been 7 days and we have done: England:108,000 Wales: 7,897 Northern Ireland: 4,000. Scotland:18,000 U.K Total 137,897. That number will increase as we have operationalised hundreds of PCN (primary care networks)

— Nadhim Zahawi (@nadhimzahawi) December 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pecahan bagi setiap negara menunjukkan 108,000 divaksin di England; 7,897 di Wales; 4,000 di Ireland Utara; dan 18,000 di Scotland.
Beliau menggambarkan perkara itu sebagai permulaan yang baik bagi program vaksinasi yang telah dimulakan Isnin lepas.

Transparency is vital as we deliver vaccines across the UK. For now, these figures are provisional. From next week, we will begin to publish weekly figures on the number of vaccines administered.

— Nadhim Zahawi (@nadhimzahawi) December 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kira-kira 200 klinik vaksinasi tempatan dijangka beroperasi secara berterusan sehingga hujung minggu.
Lebih 1,000 lagi klinik vaksinasi akan menyertai program berkenaan dalam beberapa minggu akan datang sebagai langkah peluasan vaksinasi.
UK rancang pemberian vaksin kepada sekitar 25 juta individu berumur 50 tahun ke atas serta orang muda yang mempunyai masalah kesihatan.
Bagaimanapun Pejabat Audit Negara memberi amaran mengenai 'cabaran logistik yang kompleks'.
Kata agensi itu, ribuan kakitangan tambahan diperlukan untuk memberikan vaksinasi pada skala yang dirancang.
Kerajaan UK telah berusaha dengan cepat dan efektif untuk menjamin akses vaksin melalui kontrak yang telah ditandatangani.
Dianggarkan program vaksinasi termasuk pembuatan, pembelian dan pengedaran vaksin itu menelan belanja sehingga 12 bilion euro.
Bagi minggu pertama, lebih daripada 70 hospital mengambil bahagian dalam program vaksinasi dengan 10 lagi hospital dijangka bermula minggu hadapan.
Zahawi menambah angka itu bersifat sementara dan mulai minggu hadapan akan terdapat data yang disiarkan.
#England #United Kingdom #Scotland #kesihatan #Nadhim Zahawi #Pfizer-BioNTech #vaksinasi #Wales #Ireland Utara