awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 2,000 kematian dicatatkan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
19/02/2020
00:35 MYT
COVID-19: Lebih 2,000 kematian dicatatkan
Seorang kanak-kanak bermain di jalan sambil memakai topeng penutup mulut dan hidung susulan penularan COVID-19 di Beijing, China, 18 Feb, 2020. REUTERS
SUSULAN penularan wabak COVID-19, angka kematian dilaporkan terus meningkat di China.
Setakat awal pagi Rabu, jumlah mangsa yang terkorban akibat dijangkiti koronavirus itu melebihi 2,000 orang.
Ia susulan China mencatatkan 132 lagi kematian dalam wilayah Hubei, yang juga pusat penyebaran virus berkenaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 2,002 kematian.
Pada masa sama, Suruhanjaya Kesihatan wilayah tersebut melaporkan sebanyak 1,693 kes baharu yang sudah terkena jangkitan COVID-19.
Untuk rekod, sebanyak 74,137 kes direkodkan di China setakat ini, dengan jumlah kematian 2,000 mangsa.
Pada masa sama, 13,818 mangsa yang sebelum ini dijangkiti virus itu telah pun kembali sepenuhnya sementara seramai 6,242 individu masih ditahan kerana mempunyai gejala wabak tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar sepasukan pakar perubatan ke China bagi mengumpul maklumat serta membantu memberikan bimbingan kepada pihak berkuasa tempatan.
Kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kumpulan pakar itu mungkin akan melawat Wuhan, pusat penyebaran wabak tersebut. BACA: COVID-19: Kuarantin berjaya, pasukan bertugas patuh prosedur klinikal
BACA: COVID-19: Dua lagi warga China pulih, jumlah terkini pesakit sembuh 13
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#COVID-19
#Hubei
#jumlah kematian
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan