awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 2.59 bilion dos vaksin sudah didaftarkan

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2021
22:14 MYT
COVID-19: Lebih 2.59 bilion dos vaksin sudah didaftarkan
Suntikan menggunakan vaksin Sinovac sedang dijalankan di Pusat Vaksinasi COVID-19 di Stesen Utama Bang Sue, Bangkok, Thailand, 24 Mei, 2021. - Gambar fail REUTERS
SEJUMLAH lebih 2.59 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad.
Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 317 juta dos manakala India dengan 276 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 80 juta dos adalah Brazil dan melebihi 70 juta dos, United Kingdom (UK).
Manakala di Jerman, 65 juta dos didaftarkan, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 47 dan 45 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 35 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Filipina dan Thailand melebihi 7 juta dos, diikuti Malaysia di tangga keempat dengan lebih 5 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#COVID-19
#vaksin
#Amerika Syarikat
#Asia
#China
#Indonesia
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan