LONDON:Ratusan pelajar di Universiti Northumbria, United Kingdom (UK) diarah menjalani kuarantin selepas dikesan positif COVID-19.

Seramai 770 pelajar diuji positif dengan 78 daripadanya didapati bergejala.

Pelajar terbabit dan kontak rapat mereka diarah mengasingkan diri selama 14 hari dan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.

Perkara tersebut disahkan wakil jurucakap universiti itu yang terletak di Newcastle.

Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) dalam pada itu menyatakan bahawa pihaknya sudah memberi amaran kepada universiti terbabit untuk menangguhkan kepulangan pelajar secara besar-besaran ke kampus.

Pada masa sama, Universiti of Newcastle juga melaporkan peningkatan jangkitan dan terdapat 94 pelajar serta tujuh staf telah diuji positif.

Kedua-dua universiti tersebut mengeluarkan kenyataan bersama yang mengatakan pasukan respons COVID-19 akan berusaha sebaik mungkin untuk mengesan semua staf dan pelajar yang telah mempunyai kontak rapat dengan pesakit.