awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Masjid terbesar di Jerman jadi pusat vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2021
23:57 MYT
COVID-19: Masjid terbesar di Jerman jadi pusat vaksinasi
Orang ramai beratur untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca di masjid terbesar di Cologne, 8 Mei, 2021. (Foto AP)
WARGA Cologne di Jerman kini boleh mendapatkan vaksin di kompleks masjid terbesar di negara itu sebagai usaha kerajaan meningkatkan jumlah vaksinasi COVID-19.
Tawaran vaksinasi itu tidak terhad kepada penduduk Muslim tetapi terbuka untuk semua lapisan masyarakat dan agama.
Penduduk Cologne serta dari beberapa daerah lain diberi kesempatan menerima suntikan tanpa mendaftar terlebih dahulu.
Kira-kira 2,000 dos vaksin dari AstraZeneca disediakan, dengan lebihan dos dari pusat vaksinasi yang dibuka di dewan pameran perniagaan berdekatan.
Pada Khamis, Jerman menyediakan vaksin AstraZeneca dengan serta-merta untuk semua orang dewasa dalam usaha memastikan seramai mungkin dapat disuntik pada kadar segera.
Berjuta-juta dos AstraZeneca diberikan dengan selamat di Eropah tetapi masih terdapat kebimbangan mengenai risiko pembekuan darah yang jarang berlaku.
Orang ramai beratur untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca di masjid terbesar di Cologne, 8 Mei, 2021. (Foto AP)
Orang ramai beratur untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca di masjid terbesar di Cologne, 8 Mei, 2021. (Foto AP)
Kebimbangan itu membuatkan segelintir penduduk Jerman tidak mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca dan lebih gemar menunggu vaksin lain.
Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn pada Khamis memaklumkan, banyak kumpulan dengan keutamaan lebih rendah yang menunggu janji temu vaksin akan menerima vaksin AstraZeneca.
Pengawal selia ubat Kesatuan Eropah telah meluluskan empat vaksin koronavirus iaitu AstraZeneca, Moderna, Pfizer dan Johnson & Johnson.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kesatuan Eropah
#vaksin
#Jerman
#AstraZeneca
#Pfizer
#Moderna
#kerajaan
#kesihatan
#masjid
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan