[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

COVID-19: Menteri Kesihatan UK disahkan positif koronavirus

Afiq Ariffin 11/03/2020 | 00:45 MYT
Nadine Dorries mengesahkan dirinya positif COVID-19. -Reuters
Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) Nadine Dorries mengesahkan dirinya positif COVID-19.
Beliau yang juga Ahli Konservatif berkata telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang disarankan selepas mengetahuinya, termasuk pengasingan diri di rumah.
Dalam satu kenyataan, Dorries berkata pihak Kesihatan Awam England telah memulakan proses pengesanan kontak rapat termasuk di kementerian beliau bertugas.
Malah, beliau turut memuat naik kemas kini di akaun Twitter memaklumkan dia berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam muat naik itu juga, Dorries turut menyatakan rasa bimbang terhadap kesihatan ibunya di rumah yang mula batuk sejak Selasa.
Bagaimanapun, jumlah sebenar kontak rapat yang dibuat Dorries masih belum disahkan kerana difahamkan dia turut menghadiri sebuah majlis yang dianjurkan Boris Johnson Khamis lalu.
Setiausaha Kesihatan Matt Hancock dalam satu muat naik di akaun Twitter berkata Dorries telah melakukan “perkara yang baik” dengan mengasingkan diri di rumah dan turut berdoa agar Dorries sembuh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di UK, sebanyak enam kematian dicatatkan dengan 382 kes direkodkan di seluruh negara itu.
#COVID-19 #England #kesihatan #koronavirus #menteri #Menteri Kesihatan #Nadine Dorries #rumah #Twitter #United Kingdom