[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

COVID-19: Menteri Turki letak jawatan kerana cetus panik

Agensi 13/04/2020 | 00:00 MYT
Suleyman Soylu merupakan salah seorang tokoh paling kanan dalam pemerintahan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. - Gambar fail
Menteri Dalam Negeri Turki meletak jawatan pada Ahad sebagai tanggungjawab selepas mengumumkan perintah berkurung selama dua hari sehingga mencetuskan panik.
Suleyman Soylu merupakan salah seorang tokoh paling kanan dalam pemerintahan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Dalam kenyataannya di Twitter, beliau berkata ia merupakan tanggungjawabnya untuk melaksanakan keputusan perintah berkurung yang bertujuan mencegah wabak COVID-19.
Perintah berkurung 48 jam di 31 bandar itu diumumkan hanya dua jam sebelum ia dikuatkuasakan.
Perkara itu menyebabkan ribuan orang keluar ke jalanan dan melakukan pembelian panik tanpa memakai topeng muka serta penjarakan sosial.
Ini menyebabkan banyak pihak mengkritik kerajaan berhubung tindakannya dalam melaksanakan perintah berkurung itu.
#COVID-19 #kerajaan #letak jawatan #Turki #Twitter