Myanmar pada Jumaat melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan termasuk melarang perjalanan keluar masuk dari ibu negaranya bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu, negara berkenaan turut melarang pengoperasian pusat pengangkutan utama termasuk semua penerbangan domestik.

Perkara itu diumumkan bebeberapa jam sebelum perintah kawalan itu dikuatkuasa dan dilaksanakan sehingga 1 Oktober depan.

Sekatan jalan raya baru dikuat kuasa di beberapa bahagian bandar dengan beberapa jalan kecil ditutup sementara.

Pihak berkuasa kesihatan meminta penutupan sebahagian di 29 daripada 44 bandar di Yangon termasuk 20 kawasan pada Khamis lalu.

Myanmar mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 sebanyak 115 kes menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu sebanyak 2,265 kes dan 14 daripadanya meninggal dunia.