INTERNATIONAL
COVID-19: Naib Presiden Argentina terima suntikan vaksin pertama

Naib Presiden Argentina Cristina Fernandez de Kirchner menerima suntikan vaksin Sputnik V di Hospital Presidente Peron pada 24 Januari 2021. - Foto Twitter/Cristina Kirchner
BUENOS AIRES:Naib Presiden Argentina, Cristina Fernández de Kirchner, 67, menerima dos pertama vaksin Sputnik V buatan Rusia.
Bekas presiden dua kali itu menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.
Fernández de Kirchner dalam muat naik di akaun Twitternya berkata, dengan mengambil vaksin pertama itu bermaksud beliau tidak hanya menjaga dirinya sendiri tetapi juga menjaga orang lain.
Semasa fasa pertama kempen vaksinasi Argentina, bermula bulan lalu, pihak berkuasa memberi keutamaan imunisasi kepada pekerja kesihatan.
Selain itu, antara yang awal diberi vaksin termasuk anggota pasukan keselamatan, mereka yang mempunyai penyakit kronik, guru, dan warga berusia lebih dari 60 tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami