awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Negeri di AS buat tempahan awal vaksin untuk kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2021
22:58 MYT
COVID-19: Negeri di AS buat tempahan awal vaksin untuk kanak-kanak
Negeri-negeri di AS sudah membuat tempahan awal vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak. -Gambar fail/Bernama
WASHINGTON: Negeri-negeri di Amerika Syarikat (AS) sudah membuat tempahan awal vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak.
Dalam satu kenyataan, White House memaklumkan berjuta-juta dos akan mula dihantar sebaik pengawal selia kesihatan negara itu memberi kelulusan penggunaannya.
Vaksin Pfizer-BioNTech hanya boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 5-11 tahun selepas pengundian oleh panel pakar kesihatan untuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi kelulusan.
Sekiranya FDA membenarkan penggunaan vaksin bagi golongan ini, panel penasihat kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pula akan bermesyuarat bagi langkah kelulusan seterusnya.
Syarikat Pfizer juga memaklumkkan, susulan kebenaran diberikan, pihaknya akan mula menghantar formula pediatrik bagi vaksin COVID-19 dengan kadar segera seperti diarahkan oleh kerajaan.
Secara purata, kes COVID-19 di AS turun 16 peratus kepada 65,900 kes sehari.
Kadar kemasukan ke hospital selama tujuh hari juga turun 12 peratus kepada 5,500 sehari, manakala kematian juga menurun dengan purata harian 1,100 sehari.
Terdapat 60 juta rakyat AS yang layak namun masih belum divaksinasi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan