awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nepal rayu bekalan vaksin

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2021
00:58 MYT
COVID-19: Nepal rayu bekalan vaksin
Sher Bahadur Tamang berkata tanpa bekalan vaksin yang mencukupi, sistem kesihatan negara itu masih berada pada tahap berjaga-jaga. -Facebook@Shersindhu
KATHMANDU: Nepal catat perkembangan positif selepas merekodkan penurunan drastik kes harian COVID-19 sejak bermulanya penularan di negara itu sehingga melumpuhkan sistem kesihatan.
Namun, mereka kini berdepan kesukaran susulan bekalan vaksin yang terhad.
Menurut Menteri Kesihatan Nepal, Sher Bahadur Tamang, tanpa bekalan vaksin yang mencukupi, sistem kesihatan negara itu masih berada pada tahap berjaga-jaga.
"Kita sudah lihat penurunan daripada zon merah kepada zon kuning, tetapi kita masih belum mampu berada pada tahap zon hijau. Namun, kita sedang berusaha untuk berada pada peringkat itu.
"Isu utama ketika ini adalah bekalan vaksin. Selagi kita semua tidak divaksinasi, kita tidak boleh anggap selamat.
"Jadi vaksin adalah perkara utama. Oleh itu, kami sedang merayu kepada semua negara yang membangunkan vaksin untuk menyediakan bekalan buat kami," kata beliau.
Nepal sebelum ini terpaksa menguatkuasakan perintah sekatan sejak April selepas kes harian dan kematian mencatatkan peningkatan drastik.
Dengan hampir 10,000 kes harian dan ratusan kematian baharu yang direkodkan pada pertengahan Mei, ia membuatkan penularan lebih kritikal.
Jumlah kini menurun sehingga lebih 2,000 kes dan puluhan kematian.
Untuk rekod, Nepal mulakan kempen vaksinasi Januari lalu namun terpaksa dihentikan sementara susulan penularan di India yang tidak dapat menghantar bekalan vaksin AstraZeneca kepada negara itu.
Hanya 8.5 peratus populasi negara itu sudah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos dan hanya 2.5 peratus sudah divaksinasi sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#sistem kesihatan
#Nepal
#Sher Bahadur Tamang
#AstraZeneca
#bekalan vaksin
#penurunan drastik
#kes harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan