DUNIA
COVID-19: New Zealand cadang longgar sekatan susulan trend jangkitan makin menurun
New Zealand melaporkan 1,401 kes COVID-19 dengan sembilan kematian. Gambar perdana menteri Jacinda Ardern. -REUTERS
New Zealand melaporkan 15 kes baharu COVID-19 pada Khamis.
Jumlah jangkitan itu dilaporkan tatkala kerajaan bercadang melonggarkan beberapa sekatan sejak ia dikuatkuasakan empat minggu lalu.
Dalam pada itu, sekolah-sekolah akan dibuka kembali tetapi kehadiran akan dilakukan secara sukarela dan beberapa perniagaan seperti restoran dapat beroperasi semula.
Manakala pusat beli-belah dan kedai runcit akan ditutup serta sebarang aktiviti perhimpunan besar masih dilarang oleh kerajaan.
Setakat ini, New Zealand melaporkan 1,401 kes COVID-19 dengan sembilan kematian.
Bagaimanapun, bilangan jangkitan harian telah menurun dengan ketara sejak 11 hari lalu.