SEOUL: Satu jenis pelitup muka baharu di Korea Selatan yang hanya menutup hidung mendapat perhatian media barat apabila mereka mendakwa ia sebagai aksesori muka yang 'tidak berkesan langsung' mengekang penularan COVID-19.

Pelitup hidung yang digelar 'kosk' iaitu gabungan bahasa Korea iaitu 'ko' bermaksud hidung dan 'topeng', dijual oleh syarikat Atman di Korea Selatan.

Difahamkan, pelitup terbabit mempunyai dua bahagian iaitu satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut terdedah atau memberikan tahap perlindungan semasa makan.

Sehingga kini, pelitup muka 'kosk' hanya dijual di negara itu dan 'kemasyhuran' pelitup ini turut mengundang kontroversi media barat.

"Tiada beza kepada individu yang memakai pelitup sehingga bawah hidung mereka," kata pengguna menerusi ciapan di Twitter.

Walaubagaimanapun, kajian mendapati bahawa hidung merupakan laluan mudah virus COVID-19 memasuki tubuh badan dan pakar kesihatan percaya bahawa memakai pelitup hidung adalah lebih baik daripada mereka tidak memakainya.

Bahkan, pelitup 'kosk' mendapat penarafan lima bintang di platform dalam talian Coupang di mana sepeket yang mempunyai 10 pelitup dijual dengan harga 9,800 won (RM34). - Agensi


*Berita asal di Sinar Harian