DUNIA

COVID-19: Pematuhan pemakaian pelitup muka di UK mungkin diperketat

Astro Awani 10/07/2020 | 23:28 MYT
Johnson memberi isyarat kemungkinan kerajaan akan memberikan garis panduan lebih ketat tentang pemakaian pelitup muka di tempat awam dalam usaha mengekang COVID-19. -Gambar fail
Perdana Menteri United Kingdom memberi isyarat kemungkinan kerajaan akan memberikan garis panduan lebih ketat tentang pemakaian pelitup muka di tempat awam dalam usaha mengekang COVID-19.
Menurut Boris Johnson, nasihat saintifik mengenai keberkesanan memakai pelitup muka kini semakin diterima sejak awal kemunculan virus itu.
"Ini adalah sesuatu yang telah kita bincangkan dengan SAGE (kumpulan penasihat ilmiah untuk kecemasan), kumpulan penasihat untuk kecemasan, kumpulan penasihat ilmiah mengenai kecemasan sejak awal ketika kita pertama kali mendengar mengenai masalah ini.
“Ini sangat menarik kerana di tempat-tempat seperti China, Taiwan atau negara-negara timur jauh, mereka sebenarnya tidak wajib, menutup muka atau pelitup muka, ini hanyalah sebahagian daripada cara mereka melakukan sesuatu.
“Sekarang jelas, kita tidak mempunyai budaya itu di UK dan harus memikirkan bagaimana kita mewujudkannya serta bagaimana kita menjadikannya berfungsi,” katanya.
Pelitup muka menjadi kewajipan di kedai-kedai di Scotland berdasarkan undang-undang dikuatkuasakan kerajaannya.
#Boris Johnson #China #koronavirus #pandemik #pelitup muka #Perdana Menteri #Taiwan #United Kingdom #wabak