awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pence, Harris dipisah penghadang plexiglass ketika debat calon Naib Presiden AS

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/10/2020
01:08 MYT
COVID-19: Pence, Harris dipisah penghadang plexiglass ketika debat calon Naib Presiden AS
Mike Pence (kanan) dan Kamala Harris dipisahkan oleh penghadang plexiglass ketika debat calon naib presiden pada Rabu malam. -Reuters
SALT LAKE CITY:Debat pertama calon naib presiden Mike Pence dengan pesaingnya Senator Kamala Harris dilihat berlangsung dalam suasana 'berjaga-jaga'.
Kedua-dua calon dalam debat yang berlangsung di University of Utah, Salt Lake City itu dipisahkan penghadang plexiglass pada jarak 3.6 meter.
Langkah ini berikutan kebimbangan calon debat yang mungkin terdedah kepada COVID-19 selepas insiden Donald Trump yang disahkan positif sejurus debat calon presiden.
Pun begitu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengesahkan Pence selamat untuk menyertai sesi debat calon naib presiden kerana beliau tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana individu yang disahkan positif, termasuk Trump.
Bebarapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan ke atas Pence mendapati beliau negatif jangkitan dan tidak berisiko.
Debat itu dikendalikan Ketua Biro Washington USA Today, Susan Page.
Difahamkan, Pence kali terakhir bersama Trump pada sidang media perkembangan COVID-19 di Rose Garden pada Isnin lalu.
Terdahulu, Pence didakwa tidak bersetuju penghadang plexiglass itu ditempatkan di bahagiannya.
Namun beliau akhirnya akur dengan langkah itu yang dilihat sebagai tindakan berjaga-jaga.
Kamala merupakan calon Naib Presiden AS wanita yang pertama dalam sejarah negara itu.
Topic Berkaitan
#Debat Naib Presiden AS
#University of Utah di Salt Lake City
#Susan Page
#Kamala Harris
#Mike Pence
#Donald Trump
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan