COVID-19: Penularan jangkitan di China terkawal, hanya 161 kes baharu

Hafizi Rosli
Januari 3, 2022 03:12 MYT
Pada Ahad, terdapat 161 kes baharu COVID-19 dilaporkan di China, sedikit menurun berbanding hari sebelumnya dengan 191 kes. - Gambar hiasan AP
KETIKA negara-negara di Eropah mencatatkan ratusan ribu kes baharu COVID-19 sehari, China dilihat berjaya mengurangkan kadar jangkitan harian.
Menurut laporan agensi berita Reuters pada Ahad, terdapat 161 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menurun sedikit berbanding hari sebelumnya iaitu 191 kes.
Daripada jumlah itu, 101 adalah jangkitan dalam komuniti manakala selebihnya jangkitan luar negara.
35 kes daripadanya dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom.
Kebanyakan kes jangkitan tempatan berlaku di Wilayah Shaanxi, barat laut China, yang juga merupakan pusat bandar Xi An, yang kini berdepan perintah berkurung bagi mengawal penularan jangkitan.
Ketika ini, jumlah kematian akibat COVID-19 di China masih kekal 4,636 orang dengan jumlah kes positif direkodkan sebanyak 102, 666.
China merupakan negara dengan populasi tertinggi di dunia iaitu mencecah 1.4 bilion.
#China #COVID-19 #jangkitan #perintah berkurung