awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perancis umum larangan perjalanan dari UK

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2020
22:29 MYT
COVID-19: Perancis umum larangan perjalanan dari UK
Kerajaan Perancis menyatakan bahawa semua pergerakan dilarang selama 48 jam dari UK, termasuk mereka yang mengangkut barang. - pexels.com
PARIS:Selepas Belgium, Belanda dan Itali, kini Perancis pula mengumumkan larangan semua perjalanan dari United Kingdom selama 48 jam.
Langkah itu sebagai usaha memastikan varian baharu COVID-19 yang dikesan di UK tidak menular di Perancis.
Larangan yang diumumkan pejabat Perdana Menteri Perancis itu akan berkuat kuasa pada Isnin malam.
Kerajaan Perancis menyatakan bahawa semua pergerakan dilarang selama 48 jam dari UK, termasuk mereka yang mengangkut barang.
Belgium, Belanda dan Itali adalah antara beberapa negara yang melarang perjalanan dari UK setakat ini.
Kerajaan Perancis menjelaskan bahawa tempoh 48 jam itu akan membolehkan pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian untuk menangani varian baharu itu.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengenakan sekatan coronavirus tahap baharu yang lebih ketat di London dan Tenggara England untuk membendung jangkitan yang merebak dengan cepat disebabkan oleh varian baharu virus.
Johnson mengatakan bahawa varian baharu yang tersebar pantas sehingga 70 peratus lebih mudah ditularkan daripada varian sedia ada.
Topic Berkaitan
#Britain
#COVID-19
#United Kingdom
#Itali
#Boris Johnson
#menteri
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan