COVID-19: Perdana Menteri UK umum langkah baharu kekang varian Omicron

Astro Awani
November 27, 2021 23:45 MYT
Boris Johnson mengumumkan langkah baharu bagi mengatasi penyebaran varian Omicron yang dikenal pasti di UK. -Gambar fail/AP
LONDON: Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan langkah baharu bagi mengatasi penyebaran varian Omicron yang dikenal pasti di United Kingdom (UK).
Walaupun ia tidak menjejaskan pengembara, namun mereka yang kembali ke Britain akan dikehendaki mengambil ujian PCR pada hari kedua selepas ketibaan mereka.
Kontak rapat bagi kes yang disyaki varian Omicron perlu mengasingkan diri selama 10 hari tanpa mengira status vaksinasi.
Penutup muka juga diwajibkan di dalam pengangkutan awam dan premis kedai.
Kerajaan UK juga akan meningkatkan kempen dos penggalak di kala kajian sama ada vaksin COVID-19 yang diluluskan pada masa ini dapat mengatasi varian baharu tersebut.
Johnson berkata Setiausaha Kesihatan telah meminta Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) untuk meluaskan kumpulan yang layak menerima suntikan penggalak.
#COVID-19 #Boris Johnson #Omicron #varian baharu