COVID-19: Perintah berkurung jadi barisan pertahanan terakhir di UK

Agensi
September 18, 2020 15:03 MYT
Peningkatan kes jangkitan COVID-19 disebabkan jumlah pesakit yang dirawat di hospital turut meningkat. - Gambar REUTERS
Tindakan perintah berkurung secara besar-besaran yang dilaksanakan United Kingdom (UK) akan menjadi barisan pertahanan terakhir bagi mengekang penularan COVID-19.
Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock berkata, langkah itu diambil susulan pelaksanaan kawalan pergerakan yang lebih ketat di utara England.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak berganding bahu untuk mematuhi perintah kawalan berkenaan seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mengelakkan berkumpul dalam jumlah yang ramai.
Hancock mengesahkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 disebabkan jumlah pesakit yang dirawat di hospital turut meningkat.
Ujarnya, pelaksanaan perintah berkurung itu bukan perkara yang mahu dilakukan, namun ia perlu bagi memutuskan rantaian jangkitan.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan akan menyeimbangkan keperluan melindungi nyawa dan mata pencarian selain optimis jangkitan ini dapat dibendung secara bersama.
#COVID-19 #England #kesihatan #koronavirus #pertahanan terakhir #UK #United Kingdom