[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
INTERNATIONAL

COVID-19: Peru capai 80 peratus vaksinasi, mansuh pemakaian pelitup muka

Astro Awani 22/04/2022 | 04:43 MYT
Kini keadaan penularan COVID-19 di Peru lebih terkawal dan angka kematian semakin berkurangan. - Foto fail
LIMA: Kerajaan Peru mengumumkan penggunaan pelitup muka di tempat awam tidak lagi diwajibkan di negara itu.

Bercakap selepas mesyuarat majlis menteri-menteri, Perdana Menteri Anibal Torres membuat pengumuman itu susulan 80 peratus rakyatnya telah mendapatkan vaksin dengan dos penggalak.

Berita itu diterima dengan rasa lega dan gembira buat penduduknya.

Kini keadaan penularan COVID-19 di Peru lebih terkawal dan angka kematian semakin berkurangan.

Bagaimanapun ada yang menggesa pemakaian pelitup muka di tempat terbuka sekiranya ada gejala.

Peru mencatat lebih 3.5 juta kes jangkitan koronavirus dengan 212,704 kematian berkaitan COVID-19.



#COVID-19 #pelitup muka #Anibal Torres #vaksin