COVID-19: Pfizer BioNTech hantar data vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun

Astro Awani
Oktober 16, 2021 00:38 MYT
Pfizer BioNTech berkata, vaksin keluaran mereka terbukti mendorong tindak balas imun yang kuat pada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dalam percubaan klinikal. - Gambar fail
Pfizer BioNTech mengemukakan data yang menyokong penggunaan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun kepada Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA).
Walaupun vaksin itu pada masa ini tidak dibenarkan untuk kumpulan umur tersebut, ia dibenarkan untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
Kedua-dua syarikat itu awal bulan ini meminta pengawal selia AS memberikan kebenaran penggunaan kecemasan bagi suntikan vaksin kepada kumpulan umur itu.
Panel penasihat kepada Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) AS dijangka bertemu bulan depan untuk mengkaji data tersebut.
Walaupun kanak-kanak kurang berisiko terhadap COVID-19 mereka dapat menyebarkan virus kepada orang lain, termasuk populasi yang berisiko.
Kata kedua-dua syarikat itu, vaksin Pfizer BioNTech terbukti mendorong tindak balas imun yang kuat pada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dalam percubaan klinikal terhadap 2,268 peserta.
COVID-19 | Pfizer hantar data kepada EMA untuk vaksin 5-11 tahun
#Pfizer-BioNTech #vaksin kanak-kanak #Agensi Ubat-Ubatan Eropah #tindak balas imun yang kuat