awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Polis Filipina cadang guna rotan tangani rakyat ingkar SOP

Agensi
Agensi
04/12/2020
13:59 MYT
COVID-19: Polis Filipina cadang guna rotan tangani rakyat ingkar SOP
Rakyat di negara itu dikatakan semakin tidak mengendahkan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam. - Gambar REUTERS
MANILA:Pihak berkuasa Filipina bercadang untuk menggunakan rotan sebagai cara untuk memberi amaran kepada rakyatnya yang tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam mengelak jangkitan COVID-19.
Rakyat di negara itu semakin tidak mengendahkan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam, susulan musim perayaan sejak September lalu dan menuju ke sambutan Krismas.
Menurut ketua polis dan ketua petugas khas COVID-19, Cesar Binag, pihak berkuasa termasuk pegawai polis dan tentera akan melakukan rondaan di kawasan-kawasan awam di ibu kota, Manila sambil membawa rotan berukuran satu meter.
“Rotan itu boleh digunakan untuk merotan mereka yang degil, terutamanya di kawasan-kawasan yang sesak seperti hab pengangkutan awam atau pasar awam,” katanya dalam satu sidang media, pada Jumaat.
Perintah berkurung yang dilaksanakan di negara itu pada pertengahan bulan Mac merupakan antara yang paling lama dan paling tegas di dunia.
Sejak Mac lalu, polis telah memberi amaran, menahan dan mendenda sekitar 700,000 individu kerana melanggar perintah berkaitan SOP COVID-19 termasuk tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Filipina adalah negara Asia Tenggara yang melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi selepas Indonesia, dengan lebih 436,000 kes kumulatif positif dan lebih 8,500 kematian setakat ini.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Manila
#COVID-19
#perintah berkurung
#Asia Tenggara
#rotan
#Cesar Binag
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan