[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5

Bernama 01/09/2023 | 04:20 MYT
EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari. - Foto fail/BERNAMA
DOHA: Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.
Jumlah sebenar jangkitan tidak dinyatakan namum kementerian itu berkata kes jangkitan menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.
Kementerian berkenaan sedang memantau dengan teliti situasi epidemiologi berhubung subvarian COVID-19 baharu itu, lapor Xinhua.
EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari.
Pada 9 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkannya sebagai "variant of interest", namun menyatakan bahawa varian itu hanya menimbulkan risiko rendah kepada kesihatan awam.
-- BERNAMA
#COVID-19 #EG 5 #varian baharu #Omicron