awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 ragut 181 nyawa di Indonesia

Bernama
Bernama
03/04/2020
09:42 MYT
COVID-19 ragut 181 nyawa di Indonesia
Sebanyak 11 lagi kematian akibat pandemik COVID-19 tela berlaku di Indonesia dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 181 orang, sejak kematian pertama direkodkan pada 11 Mac lepas.
Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 11 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 196 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes kini sebanyak 1,986," katanya dalam siaran langsung di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.
Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengisytiharkan darurat atau kecemasan kesihatan dengan memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi melawan pandemik itu.
Jakarta masih menjadi provinsi paling tinggi jumlah kematian iaitu sebanyak 90 kes, diikuti Jawa Barat (25 kes), Jawa Tengah (18), dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#181 nyawa
#Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia
#COVID-19
#darurat
#Indonesia
#Joko Widodo
#maut
#pembatasan sosial
#Presiden Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan