awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Malaysia berusia 43 antara 22 kes import di Singapura

Bernama
Bernama
05/02/2021
02:14 MYT
COVID-19: Rakyat Malaysia berusia 43 antara 22 kes import di Singapura
Setakat tengah hari Khamis, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura. - Gambar fail
SINGAPURA:Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 43 tahun adalah antara 22 kes baharu import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
Menurut data penuh yang dikeluarkan Kementerian itu lewat malam tadi, lelaki pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia dan bergejala.
Setakat tengah hari Khamis, tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura, semua kes baharu merupakan kes import, menjadikan keseluruhan kes 59,624.
Daripada 22 kes baharu yang diimport, 19 adalah tidak bergejala manakala tiga didapati bergejala.
Kes import lain adalah dari India, Indonesia, Jerman, Jepun, Nigeria, Filipina, dan Emiriah Arab Bersatu.
Seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun yang pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import bergejala di sini. Setakat ini, Singapura mempunyai tiga kluster.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#India
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#rakyat Malaysia
#Singapura
#Filipina
#Nigeria
#Jepun
#kesihatan
#Jerman
#Jangkitan tempatan
#pemegang permit kerja
#bergejala
#kes import
#kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan