awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Saintis UK kaji vaksin berbeza untuk dos pertama, kedua

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2021
23:56 MYT
COVID-19: Saintis UK kaji vaksin berbeza untuk dos pertama, kedua
Semua pengeluar sedang melihat bagaimana mereka boleh memperbaiki vaksin mereka supaya ia sedia untuk sebarang varian. - Gambar hiasan
SAINTIS di United Kingdom (UK) akan menjalankan penyelidikan bagi mengkaji sama ada dos vaksin berbeza selamat digunakan untuk suntikan pertama dan kedua.
Sukarelawan untuk menyertai kajian ini mula dikenal pasti pada Khamis, termasuk lebih 800 orang berusia 50 tahun ke atas.
Penyelidik utama kajian, Dr Matthew Snape daripada University of Oxford berkata, tujuan kajian itu adalah untuk mengetahui sama ada pesakit boleh menerima dos pertama dari satu jenis vaksin dan diperkuat dengan dos kedua dari vaksin jenis lain.
"Kami menjalankan kajian untuk memberi dos pertama dan kedua dari vaksin jenis berbeza. Mungkin dos pertama menggunakan vaksin keluaran Pfizer BioNTech, dan ia kemudiannya diperkuat dengan dos kedua menggunakan vaksin AstraZeneca.
"Dan kami ingin melihat, apakah tindak balas imun yang dihasilkannya itu sebaik jadual yang dipersetujui ketika ini."
Katanya, peserta akan didaftarkan pada Februari, dengan hasil pertama melihat kepada tahap antibodi, diperoleh sekitar Jun atau Julai.
Tindakan itu juga dipercayai bertujuan mencari kaedah baharu mengurangkan jangkitan COVID-19 dengan cepat ketika varian baharu itu semakin menular.
Menurut British Medical Journal, ribuan perubahan individu dilaporkan ketika virus itu berubah menjadi replikasi dan berkembang menjadi varian baru, tetapi hanya sedikit yang penting atau ketara mampu menukar virus itu.
Antara varian COVID-19 yang kini sangat diperhatikan saintis dan pakar kesihatan awam adalah varian baharu UK, Afrika Selatan dan Brazil yang dilaporkan tersebar dengan pantas.
Menteri Pengagihan Vaksin COVID-19, Nadhim Zahawi berkata, vaksin terkini mungkin mampu melindungi orang ramai daripada dijangkiti varian baharu, namun ia perlu dipantau dengan teliti.
"Semua pengeluar, Pfizer-BioNTech, Moderna, Oxford-AstraZeneca dan lain-lain, sedang melihat bagaimana mereka boleh memperbaiki vaksin masing-masing supaya ia sedia untuk sebarang varian," katanya kepada Sky News pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Brazil
#United Kingdom
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#Pfizer
#varian baharu
#kesihatan
#sukarelawan
#Kajian
#penyelidikan
#dua dos
#vaksin berbeza
#tindak balas imun
#tahap antibodi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan