awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu lagi varian baharu dikesan di Jepun

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2021
21:58 MYT
COVID-19: Satu lagi varian baharu dikesan di Jepun
Empat pelancong dari Brazil itu dikesan positif koronavirus di pusat kuarantin lapangan terbang. -Gambar fail
TOKYO:Satu lagi varian baharu koronavirus dikesan di Jepun, lapor The Japan Times.
Strain mutan baharu itu, yang hampir sama dengan varian lain yang dilaporkan di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan, dikesan pada empat pelancong yang tiba dari Brazil, Kementerian Kesihatan Jepun memaklumkan perkara itu pada Ahad.
Pelancong lelaki berusia 40-an tidak menunjukkan sebarang simptom ketika tiba, namun mula mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke wad.
Pelancong wanita berusia 30-an mengalami simptom sakit kepala manakala pelancong lelaki dalam lingkungan usia 10 ke 19 tahun mengalami demam.
Seorang lagi pelancong dalam lingkungan usia sama tidak mengalami sebarang simptom.
Keempat-empat mereka dikesan positif koronavirus itu di pusat kuarantin lapangan terbang dan strain mutan baharu itu dikesan melalui pemeriksaan teliti oleh NIID.
Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NIID) dalam pada itu berkata tiada bukti setakat ini bahawa ia amat mudah berjangkit, namun NIID masih menyiasat sama ada varian itu boleh menyebabkan simptom teruk selain kesannya terhadap vaksin.
Topic Berkaitan
#varian baharu
#pelancong dari Brazil
#dikesan di Jepun
#koronavirus
#COVID-19
#penyakit berjangkit
#vaksin
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan