awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sesi persekolahan di Indonesia dibuka semula Januari 2021

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
30/11/2020
13:17 MYT
COVID-19: Sesi persekolahan di Indonesia dibuka semula Januari 2021
Nadiem Makarim memaklumkan, pembukaan sesi persekolahan itu berpandukan tahap risiko jangkitan virus, persediaan pihak sekolah dan protokol kesihatan yang teratur. Gambar fail
PELAJAR di Indonesia dijangka memulakan sesi persekolahan pada Januari 2021 di sebalik penularan COVID-19.
Menteri Pelajaran dan Kebudayaan Indonesia, Nadiem Makarim memaklumkan, pembukaan sesi persekolahan itu berpandukan tahap risiko jangkitan virus, persediaan pihak sekolah dan protokol kesihatan yang teratur.
Agensi Xinhua melaporkan, setiap pelajar dan guru yang hadir ke sekolah diwajibkan memakai pelitup muka, suhu badan tidak melebihi 38 darjah celcius serta kerap mencuci tangan menggunakan sabun.
Kedatangan pelajar pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 50 peratus ke sekolah manakala selebihnya belajar dari rumah dan ia dilakukan secara bergilir-gilir.
Secara khusus, setiap kelas untuk pendidikan awal kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) hanya dibenarkan menerima kehadiran maksimum lima pelajar.
Pembelajaran juga diteruskan tanpa latihan sukan dan aktiviti kokurikulum, sementara kantin sekolah ditutup.
Beliau juga memaklumkan, pembukaan semula sekolah perlu berdasarkan persetujuan pihak pentadbiran tempatan, pengetua sekolah dan ibu bapa.
"Sekiranya ketiga-tiga pihak bersetuju, ia bermaksud sesi persekolahan boleh dimulakan," kata Nadiem.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#sekolah
#pelajar
#pendidikan
#COVID-19
#virus
#guru
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan