Skip to main content

Dunia

COVID-19: Singapura benarkan penggunaan vaksin Sinovac

41622037450_Sinovacsvaccine.jpg
SINGAPURA: Singapura membenarkan penggunaan vaksin COVID-19 Sinovac dari China.

Penggunaan vaksin itu diberi menerusi kebenaran khas.

Ini selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskannya untuk penggunaan kecemasan.

Menurut kementerian kesihatan republik itu, ia akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai perkara berkenaan dalam beberapa hari lagi.

Ini bagi membolehkan institusi penjagaan swasta memohon lesen sebagai pembekal vaksin Sinovac-CoronaVac menggunakan kebenaran khas itu.

Kementerian juga sedang meneliti kemungkinan membolehkan institusi penjagaan kesihatan swasta memperoleh stok bekalan semasa Singapura sebanyak 200,000 dos.

WHO pada Selasa memperakui vaksin CoronaVac COVID-19 yang dibangunkan Sinovac, syarikat farmaseutikal China, bagi penggunaan kecemasan.


Advertisement

Must Watch Video