Singapura yang masih dalam rundingan dengan Malaysia bagi membuka semula sempadan untuk mereka yang berulang-alik antara kedua-dua negara, mencatatkan 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
Dengan bilangan kes jangkitan terkini, jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 57,665.
Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata terdapat dua kes import yang diserahkan Notis Duduk di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.
Berdasarkan siasatannya setakat ini, kementerian itu berkata tiada kes dalam komuniti.
Kementerian itu berkata ia sedang meneliti kes-kes dan data yang dikemas kini dijangka dikeluarkan malam ini.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat malam tadi, kementerian itu mendedahkan daripada 15 kes yang dilaporkan, 13 didapati tidak bergejala dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan proaktif sementara dua lagi bergejala.
MOH mengklasifikasikan 1,034 kes dilaporkan sebagai kes import, 2,244 kes komuniti dan 54,376 melibatkan penghuni asrama.
Kementerian itu berkata 57,333 kes sudah pulih sepenuhnya dan didiscaj daripada hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Sejumlah 28 kes disahkan masih lagi berada di hospital tetapi tiada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Sementara itu, 266 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat tetapi masih positif dalam saringan COVID-19 telah diasingkan dan dijaga di kemudahan penjagaan komuniti.
Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik itu.
Walaupun tiada kluster baharu dikenal pasti semalam, sebuah kluster berkaitan sebuah asrama di 15 Kaki Bukit Crescent telah ditutup kerana tiada lagi kes dalam tempoh inkubasi 28 hari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020
Singapura mencatatkan 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail/REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
COVID-19: Singapura catat 11 kes baharu
Singapura mencatatkan 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.