Singapura melaporkan 27 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu kepada 57,515.
"Berdasarkan kepada siasatan kami setakat ini, terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya merupakan pemegang pas kerja," menurut Kementerian Kesihatan republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan hari ini.
Terdapat dua kes import yang telah diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.
Menurut kementerian itu, maklumat terperinci kes sedang diusahakan dan perkembangan terkini mengenainya akan diumumkan kelak.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan pada Selasa, kementerian itu telah mengklasifikasikan 1,002 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,238 kes komuniti dan 54,248 melibatkan penghuni asrama.
Menurut kementerian itu lagi, 56,884 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti.
Setakat 12 tengah hari semalam, 51 kes disahkan masih dirawat di hospital, namun tiada pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi.
Sementara itu, 526 pesakit yang bergejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Republik itu mencatatkan 27 kematian akibat komplikasi COVID-19 setakat ini.
Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 16 2020
Terdapat dua kes import yang telah diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura. - Reuters
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.
9,800 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, 6,000 dalam proses - Lukanisman
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyerap 12,000 doktor kontrak ke jawatan tetap sehingga 2025.
Operasi Ramadan 2024 diteruskan, pastikan keselamatan makanan
Operasi Ramadan 2024 bermatlamat memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983.