awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat 422 kes baharu, jumlah keseluruhan melepasi 39,000

Bernama
Bernama
11/06/2020
10:04 MYT
COVID-19: Singapura catat 422 kes baharu, jumlah keseluruhan melepasi 39,000
Dengan kes terbaru itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah 39,387 kes. - Foto BERNAMA
Singapura melaporkan 422 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari ini dengan majoriti yang dijangkiti virus itu adalah warga asing yang menetap di asrama pekerja.
Dengan kes terbaru itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah 39,387 kes.
Data tengah hari ini menunjukkan hanya lima kes dalam komuniti, iaitu satu melibatkan warganegara Singapura dan empat adalah pemegang pas kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam kenyataan di sini.
Menurut kementerian itu, ia masih lagi meneliti butiran kes tersebut dan akan mengemas kini maklumat lanjut kemudian.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat Rabu, Singapura mengklasifikasikan 1,758 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport dan 36,627 kes pekerja asing di asrama.
Secara keseluruhan 26,532 kes jangkitan COVID-19 atau kira-kira 68 peratus daripada jumlah kumulatif semalam iaitu 38,965 telah keluar hospital atau kemudahan isolasi komuniti.
Setakat Rabu, terdapat 223 kes yang disahkan masih berada di hospital dengan tiga pesakit kritikal ditempatkan di unit rawatan rapi.
Sementara itu 12,185 kes yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat tetapi masih diuji positif untuk COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 25 meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di republik itu.
Tiga kluster baharu yang dikenal pasti semalam melibatkan asrama di 9 Sungei Kadut Street 3; 19A Tech Park Crescent dan 113 Tuas View Walk 1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#MOH
#pekerja asing
#Singapura
#Sungei Kadut Street
#Tech Park Crescent
#Tuas View Walk
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan