COVID-19: Tahap kesihatan makin teruk, Saeb Erekat dimasukkan ke hospital

Khairunnisa Kasnoon
Oktober 19, 2020 21:01 MYT
Saeb Erekat dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas keadaan kesihatannya bertambah buruk. -Gambar fail/Reuters
BAITULMAQDIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas keadaan kesihatannya bertambah buruk.
Agensi Anadolu dalam satu kenyataan memaklumkan, PLO mengatakan Erekat dikejarkan dari rumahnya di Jericho ke Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqdis bagi mendapatkan rawatan perubatan khas.
Perunding veteran berusia 65 tahun itu didapati positif menghidap COVID-19 pada 8 Oktober dan sejak itu mendapat rawatan perubatan di rumahnya.
Erekat menderita penyakit kronik pada sistem pernafasannya dan pernah menjalani transplan paru-paru di Amerika Syarikat pada 2017.
#Saeb Erekat #COVID-19 #Palestin #PLO #Pertubuhan Pembebasan Palestin