Thailand mengesahkan enam kes jangkitan baharu COVID-19 termasuk tiga kes jangkitan semula.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan, ketiga-tiga lelaki berumur 43, 53 dan 56 tahun diuji positif virus itu selepas tiba dari Singapura pada Jumaat.

Mereka sebelum ini disahkan bebas COVID-19 sebelum berlepas ke Singapura.

Sementara itu, tiga lagi kes jangkitan melibatkan penularan import melibatkan dua warga Thailand yang baru pulang dari United Kingdom.

Manakala seorang lagi membabitkan lelaki warga Perancis yang tiba di republik itu pada Selasa dari Amerika Syarikat

Dia disahkan positif pada Jumaat ketika menjalani kuarantin di sebuah fasiliti swasta di Bangkok.

Dia juga merupakan seorang guru bahasa di sebuah sekolah swasta di negara tersebut.

Jangkitan terbaharu itu menjadikan Thailand kini merekodkan 3,444 kes positif COVID-19 di seluruh negara.