awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand catat kematian pertama selepas lebih 100 hari

Bernama
Bernama
18/09/2020
15:38 MYT
COVID-19: Thailand catat kematian pertama selepas lebih 100 hari
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Thailand sebanyak 3,497 kes. - Gambar fail/REUTERS
Selepas lebih 100 hari sifar kematian akibat COVID-19, Thailand merekodkan satu kes maut hari ini - seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun yang kembali dari Arab Saudi awal bulan ini.
Ketika mengesahkan perkara itu pada sidang media di sini, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan Dr Somsak Akksilp berkata lelaki tersebut yang bertugas sebagai penterjemah di Kementerian Buruh di Riyadh dijangkiti COVID-19 pada Julai lalu dan dirawat di Hospital King Fahad di Riyadh.
Menurutnya pesakit yang mempunyai gejala pneumonia itu bergantung pada bantuan pernafasan sejak 10 Ogos lalu dan keluarganya memohon dia dibawa balik ke Thailand.
Pesakit yang diuji negatif COVID-19 tiba di Bangkok pada 1 Sept dan terus dihantar ke sebuah hospital untuk menerima rawatan, katanya menambah keadaan pesakit bertambah buruk dan disahkan meninggal dunia tengah hari tadi, iaitu kematian ke-59 di Thailand.
"Pesakit mempunyai sejarah perubatan menghidap diabetes, darah tinggi serta masalah kolestrol. Jangkitan COVID-19 memburukkan lagi keadaannya dan menyebabkan jangkitan dalam darah serta kegagalan pelbagai organ sementara x-ray menunjukkan paru-parunya rosak," katanya.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di Thailand sebanyak 3,497 kes COVID-19 dengan 59 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Hospital King Fahad
#kes maut
#Riyadh
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan