awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat - Michael Ryan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/01/2022
22:45 MYT
COVID-19 tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat - Michael Ryan
Ryan juga menjelaskan virus COVID-19 tidak akan berakhir tahun ini, sebaliknya ia akan menjadi sebahagian daripada ekosistem. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bagaimana masyarakat bertindak balas terhadap virus COVID-19 akan menentukan sejauh mana pandemik ini akan menjadi tragedi atau sebaliknya.
Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Michael Ryan menjelaskan virus COVID-19 bukanlah penyebab tragedi.
Ryan juga menjelaskan virus COVID-19 tidak akan berakhir tahun ini, sebaliknya ia akan menjadi sebahagian daripada ekosistem.
"Virus ini tidak akan berakhir tahun ini. Kita tidak akan dapat mengakhiri virus ini, virus ini atau pandemik virus ini akhirnya akan menjadi sebahagian dari ekosistem.
"Apa yang boleh kita akhiri adalah tahap kecemasan kesihatan awam. Isunya adalah kematian, kemasukan ke hospital, ia ada kaitan dengan kecelaruan sosial, ekonomi, sistem politik yang menyebabkan tragedi ini, bukan virus.
"Virus hanyalah kenderaan, tetapi bagaimana masyarakat terhadap virus akan menentukan," katanya.
Beliau juga menjelaskan endemik tidak bermaksud segala-galanya akan berakhir kerana endemik malaria dan beberapa penyakit yang lain juga membunuh banyak nyawa.
"Kita bercakap tentang pandemik lawan endemik. Perkataan endemik itu, endemik malaria membunuh ratusan ribu manusia. Endemik tidak membawa maksud baik.
"Endemik maksudnya ia akan berada di sini selamanya. Apa yang perlu kita lakukan mengurangkan kematian dengan melakukan vaksinasi sebanyak-banyaknya," katanya lagi.
Ryan berkata demikian menerusi forum secara maya bertajuk memenuhi cabaran ekuiti vaksin di Forum Ekonomi Dunia pada Selasa.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Forum Ekonomi Dunia
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Michael Ryan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan